
CUKUPKAH BEKALAN AKHIRAT KITA ?
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 261)

RINGKASAN PLAN SUSUNATUR SURAU KEKAL SABP
Susunatur serta hubungan antara ruang yang efisien telah dibuat secara kritis dengan mengambilkira pelbagai aspek, seperti orientasi tanah, hubungan antara bangunan dengan rumah sekitar, elemen kesucian Islam, pergerakan dalaman dan luaran, rekabentuk yang sesuai dengan zamannya serta mempunyai elemen Islam dan juga aspek keselamatan setempat. Dimana pada dasarnya tempat ini akan menjadi sebagai pusat ilmiah setempat yang bermanfaat kepada persekitaranya dan juga membentuk masyarakat Islam yang berjaya dalam membawa nilai-nilai Islam untuk dikagumi dan dihormati oleh semua lapisan kaum di dunia mahupun di akhirat.
ELEMEN ALAM DALAM REKABENTUK
Elemen alami diberikan penekanan bagi mewujudkan rasa kerdil dan hamba didalam diri dengan melihat dan merasakan kebesaran Allah yang menciptakan bumi langit, tumbuh-tumbuhan serta segala isi bumi.


rekabentuk luaran yang terbuka dan mengalu-alukan
Kebanyakan rekabentuk luaran surau adalah jenis tertutup, inklusif dan tiada rasa keinginan untuk datang. Namun rekabentuk surau ini mengambil kira semua itu bagi membolehkan bangunan ini diminati golongan muda dan bukan sahaja untuk solat semata-mata namun digunakan untuk kebaikan & manfaat setempat.
SURAU SEMENTARA
Surau sementara SABP telah didirikan di dalam tapak surau kekal yang telah dilukis pada peringkat awal penubuhan surau ini. Sudah 3 kali fasa pembinaan surau tambahan ini dilakukan. Surau ini hanya boleh memuatkan maksimum 60-80 orang sahaja didalam satu-satu masa bagi ruang solat. Pada waktu ini terdapat pertambahan bilangan jemaah disebabkan oleh fasa pembinaan yang terakhir telah pun siap dan pihak kami menjangkakan ruang yang ada pada waktu ini tidak lagi relevan pada waktu akan datang.


perumahan kami
Perumahan kami terletak di Bandar Putra Kulai, Johor. Ianya merupakan kawasan berpagar yang mempunyai lebih 900 unit rumah didalamnya dan 300 lebih unit didalamnya merupakan unit bumi lot dimana kebanyakan nya diduduki oleh orang Islam.

lokasi surau
Perumahan kami juga mempunyai 4 fasa pembinaan iaitu (Fasa Astana, Alpinia, Celeste & Venice ). Pada tahun ini fasa yang terakhir iaitu fasa Venice telah siap dan sedang dalam proses menduduki dan sepertimana jangkaan terdapat pertambahan penduduk muslim yang tinggal dikawasan kami. Untuk itu ruang surau sementara yang ada pada hari ini tidak akan lagi relevan tidak lama lagi untuk memuatkan jemaah didalamnya.

AKTIVITI
Terdapat pelbagai aktiviti yang pihak kami lakukan setiap tahun untuk kariah SABP. Program-program kami boleh dipantau dan dirujuk serta sentiasa dimuatturun didalam laman sosial kami. Sila layari laman sosial kami untuk maklumat lanjut terhadap aktiviti yang kami lakukan. Link sepertimana dibawah.
INFAQ/WAKAF
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir. Pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. al-Baqarah (2): 261)
© Untitled. All rights reserved.